ARNAB DENGAN KURA-KURA

Versi 1  - Versi sedia ada
Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong. Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat hatinya. 

Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur.
Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan sekuat-kuatnya. Namun, sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan penamat. Maka kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut.
Nilai murni : Jangan sombong dan memperkecil-kecilkan orang lain..
 Versi ke 2 - Versi tambahan

Pada zaman dahulu ada seekor arnab dan kura-kura. Mereka bersahabat baik.

Pada suatu hari, sang arnab telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Sang arnab berlari dan terus berlari dengan pantasnya dan meninggalkan sang kura-kura jauh di belakang. Seperti yang diduga, sang arnab telah menang dalam pertandingan ini.

Namun, sang kura-kura tidak puas hati. Lalu sang kura-kura telah mengajak sang arnab berlumba lari lagi dan kali ini, sang kura-kura telah menetapkan syarat iaitu lokasi perlumbaan akan ditentukan oleh beliau. Lalu, sang arnab pun setuju. 

Tiba di hari perlumbaan dan di lokasi yang ditetapkan, berlumba-larilah kedua-dua sahabat ini. Seperti di dalam perlumbaan sebelum ini, sang arnab berlari dan terus berlari lantas meninggalkan sang kura-kura dengan jauh sekali. Tiba di sebatang sungai, sang arnab terpaksa berhenti kerana beliau tidak berupaya menyeberangi sungai tersebut. Beliau pun terus berfikir dan berfikir...

Dalam tidak sedar, sang kura-kura pun tiba di sungai itu. Lantas terus menyeberangi sungai itu dengan mudahnya hinggalah tiba di garisan penamat. Maka, kali ini, kalahlah sang arnab dan menanglah sang kura-kura.

Sang arnab tidak berpuas hati. Lalu mengajak sang kura-kura berlumba semula dengan syarat, diawal perlumbaan, sang arnab akan membawa sang kura-kura di atasnya dan apabila tiba di sungai tersebut, sang kura-kura pula akan membawa sang arnab di atasnya. Sang kura-kura pun bersetuju.

Di hari perlumbaan, berlumbalah kedua-dua sahabat ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jadi siapa yang menang???

..

..
..
Tentulah kedua-duanya yang menang sebab mereka berlari bersama-sama. Apa yang penting??? KERJASAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


sekian sahaja penceritaan kali ini...:P

ERTI SEEKOR KUCING

Kehadiran seekor kucing tidak membawa apa-apa makna buatku...namun aku dibesarkan dalam kehadirannya yang tidak pernah berhenti.Sewaktu kecilku seekor kucing kesayangan nenek ku telah mati..Nora anak angkat nenek ku menangis kehilangan kucing..apa tidaknya kucing itu dipeluknya setiap hari. Menurut arwah nenek, Cindai tu membawa tuah..lelangit cindai berwarna hitam. Aku tidak pernah ambik tahu tentang tuah Cindai.Sementara aku meningkat remaja entah berapa Cindai silih berganti.Arwah nenek sering bagi nama tu kat kucingnya.Alam remaja telah berlalu kini Apabila mendirikan rumah tangga suami pilihan hati yang juga seorang yang sangat suka kan kucing.Entah berapa ekor kucing datang dan pergi dalam rumah tangga kami.Aku cukup benggang dengan kehadiran kucing, terutamanya kucing yang tidak boleh berdikari..berak dan kencing merata-rata..mana nak uruskan berak dan kencing anak-anak..ditambah pula dengan kucing.. aku lah orang yang bertanggung jawab untuk membuang kucing itu kembali ke tepi jalan,ke lorong-lorong dan juga kaki lima.Suami hanya mendiamkan diri.Namun begitu tidak lama kemudian dia akan membawa pulang kucing dan tak kurang juga ada juga kucing yang bertandang tanpa diundang ke rumah kami.Entah hati apa lah aku ni..arwah nenek sering bercerita, kucing merupakan haiwan kesayangan nabi junjungan, namun hati aku tidak pernah ada sedikit getar pun..ish..ish kerasnya hati aku.Aku terkenangkan arwah nenek yang sering bercakap dengan kucing-kucingnya..suami ku juga begitu..setiap hari pulang dari kerja dia pasti akan menyapa kucingnya.Bukan jealouskan kucing tapi terfikir juga..kucing tu bukan menjawab pun kalau ditegur,aku yang boleh jawab ni lah yang harus disapa...
Kesemua anak lelaki ku turut mewarisi kegemaran ayahnya.anak yang lain faham jika aku menghantar kucing melancong ke lorong-lorong namun berbeza pula dengan anak istimewa ku Adam..Adam sangat suka kan kucing..setiap masa akan mengepit dan mendukung kucingnya.Kadang kala boleh ketawa mengekek bermain dengan kucing. Demi Adam aku paksa hati ku menjadi lembut..aku relakan kucing menjadi tetamu rumahku sehingga lah pada suatu petang, aku tersangat baran bila anak-anak ku tidak bertanggung jawab terhadap tugasan rumah. Semua arahan tidak diendahkan..aku tertekan dengan keadaan, terhimpit dengan kepenatan..aku mengambil keputusan untuk menghantar kucing yang telah menjadi tetamu rumah aku selama 6 bulan melancong ke Pasar Suntex. Sewaktu aku mengambil kucing dan membawa kucing pergi dengan kereta Kelisa ku..aku melihat mata kucing, dia memandang ku penuh sayu.Entah kenapa pandangannya benar-benar sampai ke dalam hati ku. Tanpa aku sedari  air mata aku menitis..Kucing ini teman Adam..penghibur Adam dan pembawa bahagia untuk Adam.Tergamak kah aku merampasnya?? Aku menangis betul-betul menagis..terasa kejam nya aku...Lantas aku terus mengubah fikiran.Aku pulang ke rumah dengan membawa semula kucing yang diberi nama Preto ke rumah. Seisi keluarga gembira dengan kepulangan Preto..Saat ini aku merasakan Preto bukan tetamu yang tidak diundang lagi.Preto merupakan sebahagian dari keluarga kami.Makan kami makan la Preto..Sewaktu kami sedang menikmati makan malam, Preto seperti tercekik, suamiku tinggalkan meja makan semata-mata untuk melihat keadaan Preto..begitu lah kasihnya suamiku kepada Preto.Kini Preto telah dewasa Adam sudah tidak berapa larat mendukungnya lagi.Sewaktu berkunjung ke Nurul Iman aku telah membeli seekor kucing parsi lalu aku hadiahkan kepada Adam untuk didukung dan dipeluk untuk kesekian kali.Kucing Parsi ini baru berusia dua bulan dan aku nama kan Gucci.....Kini keluarga kami bertambah ceria dengan kehadiran Gucci......


DOA PEMBUKA 12 PINTU


 
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Doa ini lengkap dan amat sesuai dijadikan amalan harian. kalau nak panjangkan untuk keluarga, cuma sebut “bukakanlah untukku dan seluruh keluargaku