Bakat itu kurniaan Yang Maha Esa
Terima kasih yang tidak terhingga kepada I'a kerana menghidupkan kembali blog yang telah 4 tahun terbina tetapi kaku...Ketika aku membina blog ini I'a masih di bangku sekolah rendah. I'a merupakan seorang anak gadis sunti yang sopan dan pemalu selalu tersenyum di sebalik tudung tat kala ditegur.Kini I'a sudah melangkah ke alam remaja ..tanpa disedari begitu pantas masa berlalu.Menurut umi nya, I'a pandai membuat blog..dan begitu berminat dalam bidang ini... Aku menggunakan kesempatan untuk menghidupkan blog yang telah kaku dengan bakat yang dianugerahi oleh Allah kepada I'a...tak sampai 2 jam siap lah blog ini sehingga aku mampu menulis post ini...Kekangan masa membuatkan aku lupa pada kemahiran yang pernah aku terokai..benarlah kata orang...kebiasaan akan membentuk tabiat..tabiat akan melahirkan kemahiran...kemahiran akan meraih kepakaran.Sesungguhnya bakat itu kurniaan Yang Maha Esa...aku percaya suatu hari nanti I'a gadis pemalu akan menjadi seorang yang mahir di dalam bidang yang tidak menonjolkan diri..Mahir di Belakang Tabir bersesuaian dengan wataknya....Terima kasih I'a.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment